Friday, December 05, 2008

Dari Malaysia, kepada Malaysian

Original post here - Keamanan dan Keharmonian

At least (without translation to English) all the Malaysian (?) or even our neighbor can understand this post very well. The message - all hidden in the words...

--------------------------------------------------

21 November lalu, bermula lah program International Workcamp yang mula-mula aku rancangkan sebelum pilihanraya lagi.

Program ini dianjurkan oleh Friends of Environments, satu kelab alam sekitar yang mula-mula aku usahakan di Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah Lenggong sekitar tahun 2005. Bukan aku nak ambil kredit..sebab kredit sepatutnya pergi kepada guru-guru SMKSAS yang terbuka minda mereka untuk menerima idea orang luar. Aku cuma jadi koordinator program, cuma sebelah kaki saja.

Sebelah kaki lagi dalam Service Civil International. Satu NGO yang memperjuangkan keamanan sejagat. (Boleh tengok disini. www.sciint.org.) dan disini. www.scimalaysia.org.

Dah lama aku join NGO ni…sejak tahun 1984 lagi. Melalui NGO ini lah aku dapat jadi volunteer kat Thailand, Bangladesh, India dan Kemboja.

Bila aku pindah ke kuala Kangsar..tapi anak aku bersekolah di Lenggong, aku tengok pelajar-pelajar sekolah luar bandar macam katak bawah tempurung. Tak ada sifat inkuisitif, lemah dalam pengetahuan am, dan mengalami inferiority complex. Program-program ko-kurikulum kat sekolah hanya macam melepas batuk ditangga…cuma diadakan hanya untuk mencukupkan syarat-syarat.

Tapi bukan sekolah Menengah Kebangsaan saja macam tu, sekolah-sekolah Cina pun mengalami masalah yang sama. Ada pelajar Cina yang tak pernah bergaul dengan budak Melayu. Ada pelajar Melayu yang tak pernah bergaul dengan pelajar Cina dan India. Akibatnya…wujud jurang kesefahaman diantara mereka. Sampailah ke peringkat Universiti…masing-masing dalam kelompok masing-masing.

SCI cuba mewujudkan harmoni sesama manusia. Dan kalau diberi peluang…sebenarnya pelajar-pelajar ini mampu bergaul dengan penuh harmoni.

Mungkin diperingkat awal.. terdapat sedikit reservation. Masing-masing tak kenal. Tapi bila sehari bergaul…macam-macam perkara menarik didengar.

Jia Ling (kiri sekali)..merupakan pelajar terbaik semasa UPSR tahun lepas dengan mendapat 7A dan sekarang belajar di SM Chung Wah Kuala Kangsar. Memang ulat buku, tapi terlalu pendiam. Tahun lepas..emak Jia Ling menghantar anaknya kerumah aku untuk belajar Public Speaking. Setahun lebih aku melatihnya..baru dia berani bercakap diatas pentas. Dan pada malam perkenalan…aku dengar dia berkata..”I’m very happy to have Malay friends tonight. And now I can tell all my friends that I have friends from all races.” Memang seronok dia…dapat kawan dari berbagai bangsa.

Husna (kanan) menghadapi masalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tapi dia berani bila aku kata…bukan semua orang putih boleh cakap bahasa Inggeris dengan baik. Anne dari Belgium berbahasa Perancis atau Flemish, dan bahasa Inggerisnya pun bukan lah baik sangat, tapi bahasa bukan penghalang untuk berkomunikasi. Binatang pun boleh berkomunikasi.

Pada malam perkenalan, Husna berkata, “This is the first time I handshake with orang putih.” Hey!!! semua orang faham apa yang dicakapkannya! selagi orang lain faham apa yang kita katakan..kita sudah berjaya dalam komunikasi. Tak perlu bahasa Shakespeare.

Dalam seminggu, banyak perkataan Jepun yang dipelajari oleh Irfan (kiri) melalui Makiko, sukarelawan dari Jepun. Malah..pada malam terakhir…mereka menyanyi lagu Doraemon dengan cukup baik.

Tidak ada rasa janggal, tidak ada rasa prejudis sekiranya setiap insan mahu memahami yang lain. Yang penting..ialah komunikasi.

Kalau kita mahu menyendiri, menganggap kita lebih baik dari orang lain..akan berlakulah miskomunikasi. Akan tercetus lah prejudis, syak wasangka.. and disharmony.

Dan bila aku mulakan program ini…bukan ada duit. Satu sen pun tak dak. Sampai la pada hari program…cuma dapat kumpul lebih kurang 500.00 ringgit hasil kutipan dari pelajar-pelajar. Sedangkan kos makan saja hampir dua ribu ringgit.

Tapi…bila dimulakan dengan niat yang baik…sampaikan caterer pun sanggup bagi diskaun (Sapa sanggup sediakan makanan bernilai sepuluh ringgit seorang, untuk lima kali makan?), akhirnya sponsor datang dengan sendiri. Boleh beli cenderamata lagi.

Pada 22 November, aku cabut sekejap dari khemah kerja ini untuk menghadiri Taklimat Penerangan dan Konvensyen Teh Tarik. Dalam sessi forum dan dailog, macam-macam komplen yang aku dengar. orang ni salahkan orang itu. Orang itu salahkan orang ini. Kalau aku dengar dari budak-budak…boleh terima jugak. Tapi bila ianya datang dari kepimpinan bahagian atau kawasan…aku tak tau apa nak jadi.

Ada yang mengadu tak dapat peruntukan, tak dapat bantuan..pasai apa orang tak bagi? tanya balik pada diri sendiri…hangpa pasang niat macam mana?

Mungkin depa ni kena masuk sekolah balik. Belajar dari budak-budak Sekolah Sultan Azlan Shah Lenggong dan pelajar Sekolah Menengah Chung Wah Kuala Kangsar, bagaimana keharmonian dapat dicipta.

Dalam Konvensyen Teh Tarik juga, aku dapat rasakan keharmonian dan sikap keterbukaan yang amat menarik. Aku cuma minta RM600.00untuk belanja makan…tapi aku terima lebih dari seribu ringgit.

Masa mula-mula nak organise…satu sen pun tak dak. Tapi aku beranikan diri…kalau tak dak duit..hutang. Lepas tu Chaah bagi RM250.00, Mamamat bagi 200 ringgit.. sampai hari Konvensyen aku cuma dapat RM500.00.

Tup-tup…hari konvensyen…Pak Karamu huloq RM600.00. Ada duit poket lagi..buat belanja peribadi. Terima kasih Pak Karamu. Lepas tu Cenangau pun huloq, Albanjari bawak tapai pulut, Matcomot huloq lebih 300.00. Dalam sebok-sebok…ada yang huloq macam pergi rumah orang kahwin…sampai aku lupa sapa dia yang bagi. Ada RM150.00 yang aku terima…tapi tak ingat sapa yang bagi.

Kalau takat nak buat projek kecil…dah ada modal. Tak risau dah.

Jadi..sapa kata nak buat sesuatu perlukan dana…yang penting, NIAT.

Source: http://perakexpress.com/www/?p=2679

0 Comments:

Post a Comment

<< Home