Friday, November 06, 2009

Japanese as Malaysia's third language

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan merancang untuk menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.
Government plans...to add more full-boarding school and high school...that teach Japanese language as third language after Malay and English language.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah terbabit.

"Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang berlajar di Jepun pulang ke tanah air," katanya.
(DIRECTOR-General of Education Tan Sri Alimuddin Mohd Dom)...every year we will add more Japanese language class...when our students who finished their study in Japan return to Malaysia.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Osaka University 2009 mengenai bahasa Jepun di Institute Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa di sini hari ini.

Turut hadir Duta Jepun, Masahiko Horie; Presiden Universiti Osaka, Kiyokazu Washida;s dan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr. Mohd. Sofi Ali.

Allimuddin berkata, sehingga kini guru bahasa Jepun tidak mencukupi kerana permintaan bukan sahaja di sekolah-sekolah malah di sektor kerajaan dan swasta.

"Sejumlah 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun tahun lepas," katanya.
"Last year, 43 full-boarding school and 29 high school involved in Japanese language programme," he said.
Mengenai siasatan tragedi jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Perak, Alimuddin berkata, jawatankuasa khas tersebut akan mengadakan mesyuarat kedua pada Isnin depan.

"Kita akan serahkan laporan siasatan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam minggu yang akan datang," katanya.

Katanya, jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), polis dan wakil kerajaan negeri Perak itu telah mengadakan mesyuarat pertamanya Sabtu lalu.

Source: http://www.utusan.com.my/

Thursday, November 05, 2009

Of Malaysian and Malay Language

Salam,

Sy org Malaysia. Dulu semasa sy tinggal di Johor Bahru, di selatan berdekatan dengan Singapura dan Batam, di rumah sy terjangkau televisyen Indonesia.
I am a Malaysian once lived in Johor Bahru..first time I heard Indonesian news...I was amazed by the poetic and high-culture of Indonesian language...
Pertama kali sy mendengar siaran berita dari Indonesia, sy sungguh kagum kerana bahasanya amat tinggi dan puitis. Sy beranggapan kalaulah sy dpt menggunakan gaya bahasa yg sama, maka sy dengan mudah mendapat A1 (gred tertinggi) di dalam Bahasa Melayu SPM (peperiksaan tertinggi) sy.

Jadi, inilah keadaannya di Malaysia. Penuturan Bahasa Melayu sangat lemah bahkan di kalangan org Melayu sendiri. Persoalannya bahasa Melayu ada loghat tersendiri di setiap negeri. Bahasa yg diajarkan di sekolah adalah bahasa standard/piawai yg sepatutnya menggunakan loghat Johor/Riau. Jadi penuturannya jelas tidak sama dengan yg standard atau yg baku. Dulu semasa zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, bahasa baku diketengahkan. Namun kini berbalik ke asal. Bahasa Melayu di Malaysia menggunakan bahasa KL yg ramai org mengatakan ianya standard. Namun tidak.
Hence...current situation in Malaysia...the usage of Malay language is weak...even among the Malays. Problem is...every state in Malaysia have their own Malay-dialect...the standard Malay language (bahasa baku) being taught in school...is of Johor/Riau dialect...unfortunately this is not stressed after Anwar Ibrahim (former Minister of Education) era...
Jadi, gaya percakapan org Malaysia sendiri byk menggunakan bahasa pasar KL. Bayangkan kalau seorg bercakap loghat Jakarta dan seorang lagi loghat KL, pastinya tidak bertemu titik pemahaman. Org Indonesia bila bercakap dengan orang Malaysia boleh/bisa berbalik ke Bahasa Indonesia baku namun org Malaysia tidak ramai yg berkemampuan utk kembali ke Bahasa Malaysia standard. Jadinya, inilah penyebab jurang tersebut. Perbendaharaan kata Bahasa Melayu yg lemah juga penyebab akan hal ini. Cuba tanya org Malaysia berapa ramai yang tahu makna guntur, citra, bening dsb. Ramai yg menjawab ini bahasa Indonesia sungguhpun perkataan ini adalah perkataan bahasa Melayu juga.
..city-dwellers, including Malay people, prefer using English language...sign of modernity and advancement. Malay language, often regard as backward-language...only used when talking to house keeper, Indonesian construction site worker, or Bangladeshi petrol station attendent.
Org bandar Malaysia termsuklah org Melayu lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris. Bagi sy, mereka ini menghirup udara Inggeris. Bercakap Inggeris, gaya hidup Inggeris dan mahu kelihatan moden. Bagi mereka, berbahasa Inggeris lambang kemajuan. Bercakap Melayu lambang kemunduran. Bahasa Melayu hanya layak dituturkan dengan golongan bawahan seperti di pasar, memesan makanan dengan pekerja India di kedai mamak, bercakap dengan pembantu rumah atau buruh binaan Indonesia, ataupun bercakap dengan Bangla(desh) yg berkerja di pam-pam minyak.
The Chinese and Indian Malaysian used to speak in Malay with each other...even that has changed. Chinese in Indonesian are proud with speaking Malay, unlike Chinese in Malaysia...
Bhs Melayu yg dulu menjadi lingua franca penduduk Malaysia kini terhakis dengan penggunaan bahasa Inggeris. Dulu Cina dan India bercakap Melayu sesama mereka, kini berbahasa Inggeris. Maaf, ada org bukan Melayu seperti Cina dan India yg langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu hatta bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan. Org Cina Indonesia berbangga berbahasa Indonesia tetapi tidak di sini. Bahasa hanya dilihat dari sudut wang Ringgit. Tidak tahu berbahasa Melayu tidak apa asalkan wang Ringgit masuk ke poket.
Language is seen from the 'money' angle...it's okay not to speak Malay as long as Ringgit is going into your pocket.
Petikan dari (Source): http://rinaldimunir.wordpress.com/2007/05/10/antara-bahasa-malaysia-dan-bahasa-indonesia/